Tuesday, November 8, 2011

HALATUJU: KERJA atau BELAJAR???

Sebagai pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda, persoalan kerja atau belajar selepas ini sering bermain di fikiran aku. Sangat runsing. Bimbang jalan yang dipilih bukan jalan yang terbaik bagi aku. Kalau diikutkan hasrat di hati, aku ingin menyambung pelajaran di peringkat Master, memohon pekerjaan sebagai tutor atau pensyarah kemudian menyambung pelajaran di peringkat PhD. Ya, itulah kehendakku. Tapi, aku bukan berasal dari keluarga yang senang. Aku perlu meringankan beban keluarga. Adik-adikku juga pasti akan belajar, belajar dan terus belajar. Tambahan pula mengenangkan hutang PTPTN yang ditanggung dari peringkat pengajian diploma sehinggalah kini Ijazah Sarjana Muda. Tapi kata abah dan mama, jika aku ingin belajar TERUSKANLAH, jika aku ingin kerja TERUSKANLAH. Mereka akan menyokong dan mendoakan setiap langkah perjalananku. Alhamdulillah.

Sambung belajar???

ATAU
Kerja???
Ada orang cakap, girl lebih baik sambung belajar nanti dah kahwin susah...
Ada orang cakap, girl lebih baik sambung belajar sementara masih muda...
Ada orang cakap, girl lebih baik sambung belajar sebab persaingan kerja sangat tinggi...

Ada orang cakap, jangan belajar tinggi-tinggi sangat nanti company tak larat nak bayar gaji...

Ada orang cakap, jangan sambung belajar lagi, cari pengalaman kerja dulu, nanti dah ada duit, baru sambung

PENYELESAIAN???

Untuk meleraikan kekusutan ini, SOLAT ISTIKHARAH adalah jalan terbaik.

So, di sini aku ingin berkongsi apa dan bagaimana solat istikharah ini dilakukan..

APA ITU ISTIKHARAH???

Ia merupakan perkataan Arab yang kata dasarnya adalah 'khayara'. Dari kata dasar ini terhasilnya perkataan ikhtiar yang bermaksud pilihan manakala perkataan istikharah ini pula bermaksud meminta pilihan.

KENAPA PERLU SOLAT ISTIKHARAH???

Kerana ingin mendapat petunjuk Allah melalui solat apabila seseorang individu berhadapan dengan dua atau lebih pilihan.

Kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

BILAKAH SOLAT ISTIKHARAH DILAKUKAN???

Boleh dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun dari tidur. Sangat baik dilakukan pada 1/3 malam ketika suasana begitu sunyi. Hal ini kerana hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.

BAGAIMANA SOLAT ISTIKHARAH DILAKSANAKAN???

Lafaz niat:
Sahaja aku sembahyang sunat istikharah 2 rakaat tunai kerana Allah Ta'ala

Rakaat pertama:
Baca surah Al-Fatihah dan Al-Kafirun (ada pendapat mengatakan tiada surah yang khusus)

Rakaat kedua:
Baca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas (ada pendapat mengatakan tiada surah yang khusus)

Selepas memberi salam, bacalah doa...

CARA BERDOA: 
1) Memulakan dengan puji-pujian kepada Allah
2) Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
3) Bacaan doa (seperti di bawah)
4) Menyebut perkara yang dihajati yang berada dalam kesamaran
5) Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
6) Diakhiri dengan puji-pujian Allah SWT


MAKSUDNYA:
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”



Aku rasa ini je dulu yang hendak aku kongsikan. Actually, aku cari dari banyak sumber buku rujukan dan dari internet untuk mengetahui secara sahih bagaimana solat ini dilakukan dan doa..bukan rekaan semata-mata ea...

Selamat beramal... =)

p/s: aku ni juz insan biasa...kalau ada salah dan silap, sila tegur demi kebaikan bersama. Hanya ingin berkongsi dari sumber yang dibaca...





2 comments:

  1. Pak job Ads and advertisements for Karachi,Lahore,Quetta,Peshawar,Multan,Hyderabad,Rawalpindi,Islamabad and http://allpkjobz.blogspot.com all cities of Pakistan.

    ReplyDelete