Hehe...amacam tajuk entri kali ni??? Mesti suspen sket kan...Tak pun belom lagi baca entri dah nyanyi-nyanyi lagu "OH, MAMA SAYA MAHU KAWIN"...Wateva la kan...tapi ni bukan sekadar omong kosong apatah lagi pencetus kontroversi taw...ni berdasarkan sumber-sumber yang dipercayai...sebab cik Fatin (selama ni guna 'Aku' then my dad bising cakap xsopan =)) sangat tak suka kontroversi2 ni...bak kata fafau "Tingkatkan prestasi, elak kontroversi" =)
Ish ape la dok merepek mukaddimah panjang-panjang...dah tak sabar ni nak taw betol ke kawin awai ni leh elak kanser payudara? Kalu betol, leh minx mak kawinkan aku segera kan2...
K, ni bermula la al-kisah bila cik Fatin terbaca paper yang ntah camna tetiba ja da kat depan pintu bilik...rezeki la tu kan2... dalam paper tu cakap bagitaw kan...jap2 nak start ayat skema sket...wanita yang berkahwin pada usia muda didapati boleh mencegah dari menghidap kanser payudara. Hal ini telah diperkukuhkan lagi oleh Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan Tropicana Medical Centre, Dr. Surinder Singh dengan menyatakan bahawa wanita yang berkahwin muda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat cahaya mata dan dapat memberi peluang untuk si ibu menyusukan bayi. Melalui amalan-amalan penyusuan bayi ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko seseorang wanita untuk menghidapi penyakit yang menjadi pembunuh no 1 di dunia. Rasionalnya, berkahwin dan mengandung pada usia muda dapat menyekat kitaran haid sekali gus dapat melindungi wanita dari terdedah kepada jangkitan kanser payudara dan kanser serviks.
Jelas????
Oleh hal demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyebarkan maklumat dan memberi kesedaran mengenai pemeriksaan awal dan mencari langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya...
Huhu...nape ea Cik Fatin teringin sangat nak bagitaw hal ni? Mesti ada yang kata heeeeeee wat malu ja citer hal-hal camni kat sini...hmmm common guys, sekarang hal-hal camni da xleh semunyik-semunyik dah...Kesihatan tu sangat penting...
Lagipun cik Fatin teringat sangat dekat arwah kakak angkat cik Fatin yang telah meniggalkan dunia yang fana ini pada bulan Mei yang lepas akibat menghidapi penyakit kanser payudara. cik Fatin tak tipu...Kat bawah ni gambar arwah kakak angkat cik Fatin, Norziana Hassan atau nama mesranya Kak G.
Untuk pengetahuan u olls, cik Fatin kenal Kak G ni tahun 1998 time tu cik Fatin darjah 3. Time tu jugak Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap tempat cik Fatin belajar sekarang ni buat program anak angkat di taman cik Fatin. Memandangkan cik Fatin adalah anak sulung dalam family, jadi abah amik la kakak angkat yang telah sampai ke menara gading ni untuk menjadi sumber inspirasi cik Fatin belajar bersungguh-sungguh dan melangkah masuk ke universiti ni dan ALHAMDULILLAH usaha abah tu membuahkan hasil =)
K, berkenaan dengan kakak angkat cik Fatin ni kan, beliau seorang yang tabah dan sangat baik hati. Beliau berasal dari Kelantan dan setiap kali cuti semester mesti beliau akan datang rumah cik Fatin dan kami sentiasa keep in touch sampai la dia dah kawin dan ada 3 orang anak.
Penderitaan beliau ni sangat banyak tapi beliau sangat tabah dan kuat semangat dan tidak sesekali berputus asa. Selepas melahirkan anak kedua, beliau telah menghidap penyakit apendix. Selepas proses pembedahan beliau sangat lemah hatta nak mendukung dan memegang anaknya yang masih baby itu pun beliau tidak mampu.
Setahun kemudian, beliau sihat seperti sedia kala. Namun, ketika mengandungkan anaknya yang ketiga dan pada ketika itu usia kandungan dalam lingkungan tiga bulan, beliau sekali lagi diuji oleh Allah apabila beliau disahkan menghidap Kanser Payudara (Paper di atas tu la...bukan edited tu betol-betol punya)...Tapi, beliau terus memilih untuk menruskan kandungan walaupun berisiko tinggi dan Alhamdulillah selepas 7 bulan hamil, beliau selamat melahirkan anaknya yang ketiga. Setelah lahirnya bayi tersebut, bermulalah rawatan-rawatan yang perlu dijalani oleh Kak G. Beliau sangat tabah dalam menjalani kehidupannya dengan membuat barangan kraftangan untuk dijual dan pelbagai cara lain bagi menambah pendapatan seisi keluarga dan kerana semangatnya yang kuat, beliau selalu dijemput untuk memberi inspirasi kepada pesakit-pesakit kanser payudara yang lain.
Selepas lebih kurang 4tahun bertahan dengan penyakit ini, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 11 Mei 2011. Walau bagaimanapun, pada awalnya family cik Fatin merahsiakan pemergiannya dari pengetahuan cik Fatin yang sedang sibuk BERFINAL EXAM..Tapi cik Fatin dapat tahu sendiri dari fb sebab cik fatin memang selalu mengikuti perkembangan kesihatan Kak G di situ.
Ni la gambar suami dan anak-anak arwah ketika beraya di Sarawak, rumah suami beliau selepas pemergiannya
Semoga arwah Kak G ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah..
Hopefully, terjawabla kenapa cik Fatin buat entri ni sebab cik Fatin sangat sensitif dengan penyakit-penyakit seperti ini. Apa-apa pun semua ni atas kuasa Allah even macam-macam usaha yang kita buat untuk mengelak dari penyakit ni... So, selalula mengamalkan bacaan doa As-Syifa' agar kesihatan diri kita sentiasa dipelihara.
No comments:
Post a Comment