Monday, November 14, 2011

Tips bangkitkan nafsu STUDY di bilik

Ish2....jangan salah faham dengan tajuk and fikir yang bukan-bukan....

Sekarang ni student U semua dah sibuk exam...tapi still ada yang takda mood nak study...

Ada yang kata kalau nak study kena p library...dalam bilik tempat untuk tido ja tapi aku tak setuju sangat la sebab aku sangat suka study dalam bilik....

Sebab musabab suka study dalam bilik:
- Tak payah susah-susah iron baju
- Tak payah fikir baju mana nak pakai
- Tak payah tunggu bus or jalan kaki ke library
- Tak buang masa untuk bersiap-siap
- selesa (nak buat apa pun BEBAS sket)


tapi
apa-apa pun STUDENT dan LIBRARY tak boleh dipisahkan
cuma
library tak buka 24 jam so, kena la prepare apa-apa yang patut kalau nak study kat bilik


Kalau dah memilih untuk study di bilik,
bilik mestilah cantik, selesa dan bagi mood nak study tu sentiasa ada...


 Kriteria bilik tu mesti...emmm

         
                             Camni ke?
Thanx GOOGLE
Thanx GOOGLE

Thanx GOOGLE
Tu pic kat rumah boleh la...ni bayar RM375 je 1 sem (lebih kurang RM2.50 1/mlm)...so, dapat bilik pun berpatutan la dengan jumlah yang dibayar...
Tapi sebenarnya bilik tu besar ke tak, cantik ke tak, baru ke tak...TAK PENTING...
YANG PENTING...bersih, kemas dan sejuk mata memandang (hehehehe cam nak memilih pasangan lak kan2)




Barang-barang atas meja kena la tersusun rapi...baru kepala tak berserabut....mood nak study tinggi...

 Buku-buku pun dijaga dengan baik..ada yang berpendapat kalau buku yang dibalut cantik ni buku yang tak digunakan ja...
tapi aku tak setuju...
guys, student U bukan budak kecik..dah besar-besar belaka so, jagalah buku baik-baik even selalu guna tapi keadaan buku tak terjejas..
kalau buku cantik dan guna plak buku yang ori bukan fotostat, ada kaler maler InsyaAllah mood nak study tu akan ada...
Kalau pandai jaga buku, mesti tak rasa rugi duit kan2...buku ni bukan nak guna untuk 1 sem saja tapi time kita keja nanti pun sometimes kena refer buku-buku camni...time tu tak sama kalau nak beli buku baru or pinjam orang sebab nota dan catatan dalam buku yang kita buat sendiri, kita ja yang faham...
lagipun kalau guna buku ori, cantik-cantik camni simpan nanti bleh jugak tunjuk kat anak cucu...tak kan nak gtaw "nenek dulu pakai buku fotostat ja cu...tu pun abiz final exam tak tau p mana"



Tadi tu kalau meja study besar...ni cara meja study kecik dan terhad plak...



huhu disebabkan meja kecik, kadang-kadang tak selesa jugak kan2...nak study atas katil takuutttttttt jadi camni




alternatif meja kecik
memang aku suka study kat meja camni...
ingat lagi sem lepas aku study math dengan ayu, zaty, tika n k.hani kat meja ni la...
tapi ikut keselesaan masing-masing la...


tapi kalau still jugak rasa nak tidur...
amalkan petua ni


bangun pagi-pagi, tarik cadar cekang-cekang macam time duduk asrama sekolah dolu-dolu...mesti rasa sayang nak tidur takut nanti katil tak cantik dan tak kemas




Selain tu, pencahayaan bilik jugak penting...
sori guys kamera murah, gambar tak cantik la..
tapi yang penting kalau tak nak tido, ikat la curtain ni biar cerah sket baru ada mood nak study..
buka tingkap tu bagi udara segar masuk dalam bilik...




kesegaran dan bau yang menyenangkan pun penting jugak taw...
guna la apa-apa pewangi yang boleh bagi kesegaran dan sesuai dengan citarasa dan ikut kemampuan




Haaaaaa senang je kalau nak study ni...tak payah belanja banyak-banyak...bajet ciput ja pun takpa...STUDY tu yang penting...
datang jauh-jauh bawa harapan mak ayah yang menggunung tinggi tu...jangan sesekali sia-siakan harapan mereka...


insyaAllah kalau tiap-tiap hari ada motivasi untuk majukan diri sendiri, kat mana-mana pun bleh study...JANGAN TERLAMPAU BANYAK ALASAN...


hanya pelajaran yang mampu mengubah nasib diri dan keluarga... pelajaran jugak yang mengangkat martabat agama


Tak percaya???
Surah al-Mujadalah ayat 11 bermaksud:
"Allah akan meninggikan orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat"


cara nak motivate diri:
Buat la nota matlamat or kata-kata semangat...
tampal kat dinding ke, board ke, tempat-tempat yang selalu kita tengok...
tak cantik takpa...
yang penting ikhlas dari hati kita...apa yang kita nak




Letak gambar mama and abah kita di tempat yang kita selalu tengok...PENTING NI...
Bila terbayang wajah-wajah yang semakin hari semakin dimamah usia dek kerana memerah keringat demi sesuap nasi untuk anak-anak tercinta, 
insyaAllah akan berkobar-kobar semangat nak study tu...
huhu cam nak nangis plak terkenangkan pengorbanan mereka yang tak ternilai yang telah membesarkan aku dan adik-adik...
siapalah kita tanpa mereka...

k, rasa cukup setakat ni dulu...
selamat STUDY!!!
Chaiyok2

1 comment: