Tuesday, November 22, 2011

BASIC CONCEPT: beza perbankan Islam dan perbankan konvensional

Actually, entri kali ni untuk berkongsi perbezaan transaksi dalam PERBANKAN ISLAM dengan PERBANKAN KONVENSIONAL..

Sekiranya soalan ini ditanyakan kepada pelajar yang mengambil kos kewangan Islam, perbankan Islam, muamalat dan sebagainya, mereka pasti akan menjawab 
PERBANKAN ISLAM BEBAS DARI RIBA (interest), MAISIR (gambling) dan GHARAR (uncertainty). Ada pula yang cakap transaksi di perbankan Islam guna Mudharabah, Murabahah, Bai' Bithaman Ajil lagi...

Tapi, sejauhmana individu yang tidak mendalami perkara tersebut akan faham sekiranya mereka diterangkan dengan terminologi yang agak asing bagi mereka???
So, we have to make it simple to explain...Guna perkataan yang biasa untuk orang lebih faham...

Masih ramai yang mengatakan perbankan Islam dan konvensional adalah sama. Contohnya:
Membuat pinjaman di Perbankan Islam sebanyak RM200,000 mereka perlu membayar dengan RM300,000.
Membuat pinjaman di Perbankan konvensional sebanyak RM200,000 mereka perlu membayar dengan RM300,000. 

So, DI MANA BEZANYA:

Cara perbankan Islam:

Dari gambar di atas, 
a) PEMINJAM ingin meminjam dari BANK RM200,000 untuk membeli kereta
b) BANK membeli kereta dari pembekal dengan harga RM200,000 secara tunai
c) Bank menjual semula kepada peminjam dengan harga RM300,000 
d) Peminjam membayar RM300,000 kepada bank secara ansuran

kita dapat lihat PERBANKAN ISLAM mengambil keuntungan di atas jualan kereta BUKAN keuntungan dari pinjaman

Hal ini tidak sama dengan transaksi yang dilakukan oleh PERBANKAN KONVENSIONAL iaitu
PEMINJAM pergi ke bank untuk membuat pinjaman sebanyak RM200,000 dan BANK meluluskan dengan bayaran sebanyak RM300,000. 
Di sinilah berlakunya RIBA (kadar faedah) yang tidak dibenarkan dalam Islam.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (ayat 275):
"Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"

Nak tahu lebih lanjut berkenaan riba??? 
(klik sini)
nak taw lagi detail???
(klik sini)


Ok lah, nak rehat dulu...nanti saya akan sambung PERBEZAAN PELABURAN ISLAM DAN PELABURAN KONVENSIONAL...penting untuk kita taw differences between islamic investment and conventional ni sebab tujuan hidup kita bukan untuk mencari kekayaan dan kemewahan semata-mata tapi untuk mencari keredhoan-Nya...


Ce nengok majalah ni pun nak ajar kita how to be a smart investor bukan men suka-suka ati ja nak invest...=) Apa-apa pun kita perlu membaca dan menuntut imu secara langsung mahupun tak langsung....


p/s: juz nak share basic konsep...if nak taw lebih lanjut, kena tanya pakar...ni apa yang saya faham dalam kelas..=)

No comments:

Post a Comment