Wednesday, November 2, 2011

~suka-suki da bomba~






Latihan bermula di Balai Bomba Padang Besar....Sebelum latihan, briged perlu warm up dulu...tapi tu la gambar warm up aku cari tak jumpa...ni gambar da masuk terowong. Briged hanya perlu mengikut tali pandu yang disediakan sebab mata memang tak nampak...dalam terowong sangat gelap dan banyak halangan yang perlu ditempuh. Kadang-kadang perlu merangkak, meniarap, menggelongsor dan memanjat.


Briged dilepaskan secara berkumpulan dan setiap kumpulan terdiri dari 4 orang... ni la group aku...mula-mula aku berada di hadapan sekali untuk memberi arahan kepada ahli kumpulan tindakan yang perlu dilakukan TAPI SETELAH AKU BAWA DIORANG JALAN YANG SESAT ehehheehhe, kami tukar haluan untuk beralih ke belakang dan kawan aku yang berada di belakang sekali menjadi ketua untuk memberi arahan.
 

Bila briged sampai di sini, briged perlu memanjat untuk keluar dari lubang ini dan kemudian meneruskan lagi latihan yang seterusnya...Adventure taw time ni...dalam gelap-gelap kena panjat plak...kalau jatuh patah tangan ke ishhhhh nauzubillah...takut aku...


Alhamdulillah berjaya juga panjat dan keluar dari lubang ni...Dibantu oleh jurulatih...

 Kawan aku yang soang ni dah berjaya keluar dari terowong gelap...time ni aku tengah berhempas pulas agi dalam terowong tu...seksa jugak tap BEZ sangat...


 Ni group lain plak tengah panjat....


Time ni kena meggelongsor.....cam zaman kanak-kanak dulu...


Haaaaaaaa ni la aku time dalam terowong....

Lepas latihan ni selesai, kami p shopping dulu la kat padang besar tu...balai bomba ni pun sebelah ja dengan pusat beli belah dekat padang besar tu... Lepas 1 jam lebih shopping, briged dibawa ke Gua Kelam untuk makan tengahari sambil bersantai-santai....Then pergi ke rumah Raja Ular plak untuk latihan bermain ular...




Ni time ular baru keluar dari sangkar...



Hehehehe sori kepada insan yang berkenaan...ada gak yang nangis and lari-lari time nak pegang ular ni.... 

Emmmmumuahhhh...ish, camni pun ada...tapi ular-ular ni before kami main, Raja Ular dah mandikan taw... "Ular tak suka pada benda yang busuk" Raja Ular tu bagitaw la...dia memang akan mandikan ular before bermain-main dengan ular and Raja Ular tu sendiri pun WAJIB mandi jugak..Lagi satu, ular-ular ni tak boleh dibawa main selepas ular ni makan...kena tunggu beberapa hari selepas proses pengahadaman la baru leh kalau nak main...kalau tak, ular ni muntah...and lagi satu, ular bukan makan tiap-tiap hari macam manusia...Ular juz makan sekali seminggu and lepas makan, rehat ja....
Ular ni pun nak manja-manja jugak...kalau dia belit sket-sket tu sebab dia nak bergantung and takut jatuh... so, time nak pegang kena lembutkan badan and tangan la biar ular tu selesa bergantung...jangan sesekali sakitkan badan dia, sebab bila dia terkejut sebab sakit dsb, dia akan mengganas...
Ni Pengerusi Briged Bomba Semester 4 bagi Group B sedang menunjukkan kehebatan bermain ular...ular yang dah jinak boleh la...kalau ular liar, lari jugak...hehehhe... jangan marah...

Ni semua ahli briged bomba kena bergambar dengan ular sebagai bukti...kalau tak, tak dapat A...hehehe tu jurulatih aku cakap la nak bagi semua rasa pegang ular...bila tengok result, orang yang nangis tak berani pegang ular pun dapat A+ jugak....Terima kasih En. Adnan =)


Ni aku la dipaksa pegang ular...seram sejuk aku...hehehe.. FYI, ni la ular yang Lisa Surihani main time berlakon JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK...Cewahhhh buh nama artis plak...bukan nak cari publisiti murahan apatah lagi kontroversi...ni KENYATAAN =)


anak sapa la ni...orang len pegang ular relax ja...tapi sekali aku pegang, riuh taw...malu la jugak terjerit kat situ, tapi nak buat camna...bila ular ni bergerak, terasa otot-otot ular ni pun bergerak..tu yang seram sejuk tu..
Huhuhu ni la akibat bila aku terjerit...baru la kawan-kawan aku taw yang aku takut jugak tapi dok wat relax tumpang pegang sket-sket ja sebelum ni...so, apa lagi...tengah aku pegang ular ni, diorang lepaskan ular sawa besar dekat depan aku...tu yang aku dah separuh nangis...huhuhu

Tapi apa-apa pun, memang best la....

No comments:

Post a Comment