Thursday, November 3, 2011

SINGGAH DULU....

De 34 HOMESTAY (corner lot)

Dah alang-alang blog aku baru wujud ni...nak iklan la sket...abah aku adala wat HOMESTAY untuk sapa-sapa yang ada urusan or nak bercuti di sekitar Gurun, Bedong, Sungai Petani dan seluruh negeri Kedah...


Homestay ini terbuka untuk semua orang Islam. Ia mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Kelengkapan perabot, televisyen, seterika, alatan memasak, peti sejuk dan mesin basuh disediakan. 


Bilik utama dilengkapi bilik air, almari dan 1 double bed. 



 Bilik kedua mempunyai 1 katil double bed dan almari.

Bilik ketiga mempunyai 2 single bed dan almari. 

Sekiranya pengunjung membawa bilangan ahli keluarga yang ramai dan katil tidak mencukupi, tempat tidur dan bantal tambahan turut disediakan. 

Kelengkapan solat disediakan tetapi bagi wanita, sila bawa telekung sendiri untuk keselesaan anda. 






Walaupun rumah ini tidak dilengkapi penghawa dingin, tetapi pengudaraan yang baik di rumah ini menjamin keselesaan pengunjung. Hal ini kerana, rumah ini merupakan rumah lot tepi, setiap bilik mempunyai kipas syiling dan tingkap. 


Halaman rumah yang luas dan lapang boleh digunakan untuk beriadah atau membuat BBQ. Tempat pembakar BBQ juga disediakan.



Lokasi rumah ini begitu strategik kerana berada dalam kawasan perindustrian serta berdekatan dengan UiTM Merbok, MRSM Merbok dan Pendang, AIMST, Kolej Komuniti, OUM, Hospital Sultan Abd Halim, Hospital Pantai dan sebagainya. Ia juga berdekatan dengan tempat membeli-belah seperti Tesco, Village Mall, Alamoda, Pasaraya Jerai Plaza (Aneka) dan 7-Eleven. Restoran francais seperti KFC, RFC dan nasi kandar juga berdekatan dengan lokasi rumah ini. Bank-bank yang terdapat di kawasan ini ialah CIMB Bank, EON Bank, Bank Rakyat, Maybank dan ATM Bank Islam. Selain itu, lokasinya juga berdekatan dengan kawasan peranginan Gunung Jerai dan Titi Hayun.



Tempoh perjalanan dari lokasi rumah ini:
7 ELEVEN - 5 MINIT
Hospital Sultan Abdul Halim - 15 minit
Ke bandar Sungai Petani - 20 minit
Ke Petronas Fertilizer - 10 minit
Ke NPK (Nafas)- 10 minit
UiTM & MRSM Merbok - 15 minit
Pekan Bedong & Gurun - 5 minit
Bandar Alor Setar - 40 minit (H/way)
Pusat peranginan Gunung Jerai- 10 minit
Guar Chempedak - 15 minit.




Kadar harga yang diletakkan adalah berpatutan iaitu RM120 sehari. Harga bagi tempoh sewaan jangka panjang bagi kontraktor-kontraktor Petronas, Naza dan lain-lain boleh dirunding.

Hubungi: SAFIYUDDIN (019-4766575)
FB: Safiyuddin Yusof



No comments:

Post a Comment