Monday, October 31, 2011

October vs November 2011

Hari ini dah pun 1 November 2011...Tapi masih belum terlambat aku rasa untuk buat checklist semula perkara yang telah aku berjaya lakukan pada bulan Oktober lepas.

MEETING
Dari awal-awal Oktober, memang aku sibuk pegi meeting ja...dalam 1 minggu 2 hingga ke 3 kali aku meeting. Sometimes aku perlu jumpa penasihat kelab, penasihat program, pengarah dan penolong pengarah dari beberapa unit/department di UUM. Ni semua demi kejayaan program yang kelab aku anjurkan..Program apa??? Nanti aku citer....


POST BUDGET FORUM 2012
9 Oktober 2011, aku dan empat orang kawan dari Kelab Kewangan dan Perbankan, UUM telah dipilih untuk menghadiri Post Budget Forum 2012 untuk mendengar perbincangan berkenaan dengan bajet 2012 yang telah diumumkan pada 7 Oktober 2011. Panelis terdiri dari individu yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang kewangan di Malaysia. Forum ini diadakan di Hotel Holiday Villa, Alor Star.


Bergambar bersama Prof. Dr. Nor Hayati Ahmad, Professor, Unit Perbankan, UUM


Di bawah ini adalah wakil dari Kelab Kewangan dan Perbankan, UUM
Dari kiri: Rasul (Presiden), Huda (Exco Informasi), Diyana (Ketua Unit Perbankan), Fatin (Setiausaha) dan Sulaiman (Timbalan Presiden)



Bergambar bersama Prof. Madya Dr. Asan Ali iaitu Dekan Sekolah Ekonomi, Kewangan dan Perbankan dan Mdm Tan Sek Choo, Pensyarah Pengurusan Risiko dan Insurans



Bergambar bersama Professor Dr. Noor Azizi Ismail, Dekan OYA Graduate School of Business



Yang ni yang paling best..hehe...


SEMINAR: PREPARATIONS FOR DYNAMIC EXECUTIVES (EXEC)
Program ini diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2011. Program yang amat mendebarkan bagi aku sebab ni la first time aku jadi pengarah program. Sebelum ni, asyik jadi S/U ja sampai cemuih laptop ni tengok aku, aku rasa...Sehari before program aku demam teruk. Alhamdulillah lepas makan ubat, keadaan aku baik. Credits to MT bagi program ni tambah-tambah kepada Farid (Ex-Officio), Rasul (Timb. Pengarah 1), Yusniza (Timb. Pengarah 2) dan semua AJK EXEC coz diorang memberikan komitmen yang sangat baik untuk program ni.. Tanpa diorang aku tak rasa program yang dirancang hampir 9 bulan ini berjaya. Aku bersyukur sangat. Thanx sangat kepada Farid, Yus, Rasul dan lain-lain yang banyak bagi moral support dan banyak membantu. Seriously kami semua tak lena tidur selagi program ni tak lepas. Tu la sebab utama aku demam teruk muntah-muntah. Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan semua MT dan AJK program ni berjaya dan mendapat feedback yang baik dari pelbagai pihak. Credit jugak pada Prof. Hayati Ahmad yang banyak membantu dan sentiasa berdoa agar program berjalan lancar. Tapi tak leh citer banyak-banyak la kan2 about this program coz aku ingat nak wat entry len untuk citer serba-serbi program EXEC ni. Gambar pun aku nak upload 1 ja sebab nak bagi surprise sket kan2...
Hehe upload poster ja dulu na...t aku citer la pasal program ni. Bagi aku pengalaman handle and ikuti program ni sangat bermanfaat. Peserta program ni 80orang dari UUM dan 50 orang dari UiTM Arau. 44orang adalah AJK EXEC dan tiga orang penasihat En. Kharul Azhar (Penasihat Kelab Kewangan dan Perbankan), Prof. Dr. Nor Hayati Ahmad (Penasihat program) dan En. Muhaizam (Penasihat program)...

SHARING KNOWLEDGE WITH CUIC student
23 Oktober 2011, Pelajar-pelajar yang telah menjalani praktikum di RHB Islamic dan Kuwait Finance House datang ke UUM bagi berkongsi pengalaman sepanjang praktikal di sana. Bak kata pepatah 'bagai sireh pulang ke gagang,' mereka datang semula ke UUM untuk menceritakan persiapan yang perlu dilakukan oleh pelajar sebelum menjalani praktikal dan memasuki alam pekerjaan...

LEADERSHIP WORKSHOP WITH PROF. DR. JOHN BRUCE SLATER
24 Oktober 2011, Wakil Kelab Kewangan dan Perbankan sekali lagi dijemput untuk menghadiri workshop ini yang diadakan di Hotel EDC, UUM. Program yang diadakan selama 3 jam ini cukup bermanfaat untuk semua peserta yang hadir.




THESIS
25 Oktober 2011, before aku balik cuti mid sem, aku kena jumpa supervisor thesis aku ni dulu untuk proceed aku punya questionnaire. Actually tiap-tiap minggu aku kena jumpa supervisor aku sebab proses untuk buat satu kajian ni sangat complicated tapi aku suka sebab dari thesis ni minat aku untuk mendalami sesuatu ilmu dan meneruskan pembacaan terhadap jurnal, artikel dan thesis yang dibuat oleh graduan sebelum ini makin mendalam. Credit to my supervisor, Dr. Selamah Maamor. Btw aku nak bgtaw la jugak tajuk thesis aku "THE AWARENESS ABOUT SHARIAH AND NON SHARIAH COMPLIANCE INVESTMENT" So, if sapa-sapa ada cadangan terhadap Pelaburan Patuh dan Tidak Patuh Shariah ni boleh la kongsi-kongsi ye...


NOVEMBER????

13 November (pagi) : Quiz untuk subjek STID yang terdiri dari chapter 1-5..

14 November (malam) : Mid sem subjek STID yang terdiri dari chapter 1-6...


16 November : submit QUIZ Islamic Investment

18 November (pagi) : Mid sem subjek Psikologi yang terdiri dari semua chapter yang dah belajar

19 November (petang) : Kursus Etiket Protokol yang WAJIB dihadiri oleh semua pelajar semester akhir

20 November: Submit assignment STID (Resume)
Submit draft project paper Islamic Investment
Submit report Finance and Banking Society (1 year project)

22 November (petang) : Mid sem subjek Islamic Investment yang terdiri dari semua chapter yang dah belajar

27 November : Submit assignment Islamic Accounting

30 November : Submit assignment STID (Blog)


Hope November ini lebih memberi makna....Good luck kepada kawan-kawan untuk exam bulan November ni especially K.Hani, Ayu, Zaty, Tika, Firdaus, Jimmy, K.nisah and afi =)

1 comment: