Monday, October 31, 2011

~bomba da bez~

Memang bez la join bomba ni dari sem 1 sampai sem 4 aku tak pernah rasa menyesal join bomba ni...selain dapat pakai uniform bomba (memang aku dah pernah pakai sebab time sekolah dulu aku kadet bomba), briged bomba dapat tido dan buat aktiviti di balai bomba (kalau saja-saja mesti tak dapat masuk balai bomba apatah lagi nak pegang and try peralatan bomba)...bez taw...tido ramai-ramai (laki kat hostel pegawai laki, girlz kat hostel pegawai girlz la)...haaa jangan dok salah paham plak...


Kalau jadi briged bomba ni wajib mandi taw...sebab kalau tak cukup air paip, bleh guna pili bomba...haaa syok ooo...kami pernah main lari-lari and lawan percik air antara satu sama lain taw...aku ingat lagi time aku lari-lari tu, aku terjatuh and seluar aku terkoyak sket kat lutut...sket ja luka...pedih la jugak...tapi kan bomba, mana leh nangis...bila ingat-ingat balik bez ooo...kejadian tu berlaku time kami ada latihan kawad sambil bawak pili bomba... berat ooo pili tu...aku bawak sampai senget bahu lari lebih kurang 100m baru bleh passing pili tu kat member lain...lepas latihad kawad tu la jurulatih suruh main percik air, sapa tak basah kena rendam dalam kolam... 

Dalam bomba ni kami belajar rappelling dengan betol...memang la ada yang takut sampai nangis-nangis tapi at least kita try buat and kita akan tahu sejauhmana kemampuan kita. Alhamdulillah, aku lepas ja kalau sesi turun-turun bukit guna tali, or turun bangunan guna tali ni sebab time sekolah dulu aku pernah ikut latihan turun bangunan dari tingkat yang ketiga guna tali TAPI aku tak mau la cakap besar sebab kadang-kadang kalau dah sampai masa sesuatu akan berlaku, tidak kira siapa or di mana ia pasti akan berlaku. JADI, kalau jurulatih pesan do and don't time latihan, aku akan dengar dengan teliti and ikut betol-betol pesanan jurulatih tu... jangan berlagak pandai kang jatuh xdopek den nak nolong....

Haa ni la antara gambar time aku join briged bomba dulu. Tapi tak banyak la sebab aku still tak ambil lagi gambar-gambar tu dari kawan aku...maklumla aku tak mampu nak beli kamera sendiri so, kalau orang amik gambar, aku tumpang ja...tu yang gambar aku banyak kat kamera orang tak da kat aku.



Girlz in Balai Bomba Jitra
Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

Balai Bomba Padang Besar


Briged bomba di PERLIS


Girlz in Bomba
Bersama rakan tersayang, Nafisah
Sempat pose dulu di Balai Bomba Jitra
aku
suasana pagi di Balai Bomba Jitra


Ni pic zaman kanak-kanak ribena dulu..time ni sem 1..yang ni ja combine group A and Group B sem 1. Lepas tu, semua aktiviti dah tak combine group sebab jurulatih lebih senang nak bagi tumpuan and lebih memudahkan aktiviti. Kami semua kena pakai life jacket sebab kami semua akan dilontar ke dalam kolam untuk latihan 'water confident'...Lepas aktiviti water confident, kami buat latihan tali pandu plak... Kira-kira jam 5pagi la baru sampai balik Balai Bomba Kuala Perlis and selamat tido...
Group A & Group B di Balai Bomba Kuala Perlis

No comments:

Post a Comment